JOM LA FOLLOW IOLS

Monday, 14 May 2012

BILA AKU JATUH CINTA...

kacaknya seseorang itu semuanya dari Allah swt


Sepanjang hidup aku, aku banyak kali diuji oleh Allah swt untuk melawan nafsu cinta songsang aku, aku mencintai lelaki? Ya aku mencintai lelaki.... Aku masih ingat lagi, ujian pertama aku, sewaktu aku disekolah menengah di tingkatan 2 (budak x cukup umur lagi hokkeyh), aku kenalkan lelaki ni nama di Zarul la ya, Zarul ni hensem, tinggi kacak, muka dia macam mat salleh skit sbb ayah dia macam mamak.... aku perasan kan mamat ni masa aku tingakatan 1 lagi... kami kelas lain-lain, bila tingakatan 2 aku dipindahkan ke kelas sama dengan beliau.

 waktu tuh aku suka kawan dengan pompuan, sampaikan geng2 pompuan aku suruh aku bersembang dengan lelaki... aku suka sembang ngan pompuan sebab aku rasa selesa bersembang ngan dorang, bersembang pon pasal artis, agama, sembang2 kosong... berbanding kalo sembang ngan budak lelaki, citer pasal game la, bola la dah la aku x minat benda tu semua...

melalut plak berbalik pada Zarul, waktu tuh hati aku tergerak untuk meminati mamat nih, aku cuba try to get his attention, aku try sembang dengan dia, try jadi sopan giler depan dia... memang bila aku ingat balik teruk betul aku waktu tuh, bajet kononnya si Zarul ni akan minat kat aku wahahaha.... Sifat aku nih, bila aku da minat kat seseorang nih, aku jadi malu dengan orang tuh, malu nak cakap, malu nak sembang even dalam hati memang nak... Bila si Zarul ni sembang ngan aku, aku rasa macam gembira sangat, kononnya dia suka kat aku.... bluekkkk.

Terus terang aku cakap, bila hati aku cinta pada dia, ia merupakan satu perasaan cinta, bukannya bernafsu nak beromen dengan dia, mmg tidak ada sedikit pon nafsu shahwat aku pada mamat tuh.... Kalo aku nak citer pasal mamat nih sampai esok pon aku tulis x abis, ye la bila dah minat, semua benda dia buat kita tau kan....

Sampai la satu tahap dia nak pindah sekolah, ikut parent dia pindah jauh, waktu tuh aku rasa risau, macam mana agaknya aku dapat melupakan mamat nih, kalo aku rindu nnt macam mana keadaan aku... Aku memang x rapat dengan dia, x kan aku terhegeh2 nak mintak no phone umah baru dia apanya.... zaman tu x de handphone lagi ya.... tapi Alhamdulillah lepas dia pindah, aku rasa macam x ingat pada dia langsung, walaupon dalam hati x boleh la nak kata seratus peratus cinta aku terhapus pada dia tapi adalah sikit, tapi alhamdulillah aku dapat lupakan dia.....

baru2 ni aku jumpa page dia di facebook, wahaha dia da ada awek, bleh plak aku rasa jeles dengan awek dia tuh .... pepe pon mmg satu dugaan bagi aku time tuh..... muka dia pon da x macam mat salleh, tapi macam mamak ikut ayah dia ha3.....


CERITA SONGSANG AKU MMG BOLEH BUAT ORANG MUNTAH...... tapi itu lah realitinya, sorang pon x tahu, itu baru cinta yang pertama, cinta2 seterusnya, lebih kurang sama sajork, x jauh beza..... nnt aku tulis lagi....

Thursday, 26 April 2012

Macam Mana Nak Tau Seseorang Tu Gay di Facebook

OK, kita tahu sejak kebelakangan ni, banyak betul manusia-manusia yang bernafsu songsang, iaitu bernafsu kepada kaum sejenis, macam kita tahu kalo lelaki sama lelaki kita panggil GAY, atau pon PLU (People Like Us), macam mana boleh dapat nama ni jgn tanya iols, sebab iols pon tak tahu... kalau perempuan sama perempuan orang panggil Lesbian, semua orang tahukan...

Ok, berbalik kepada tajuk, macam mana kita nak tahu seseorang tu gay di laman sosial, tujuan pos ni bukan nak mengaibkan gay, tetapi mmg da jelas nyata bersepah-sepah, dekat laman sosial tu, facebook, tagged, friendster mcm2 lagi lah....

Senang jer, uols cek dekat dia punya friend list, tengok sapa kawan-kawan dia, kalau lah kawan-kawannya kebanyakkannya terdiri lelaki, kebiasaannya gay ni kawan lelakinya kat facebook memang meruak2 banyak nya... Eh! pasal apa plak, apa salahnya lelaki nak kawan ramai lelaki? x semestinya lelaki kawan dengan lelaki tu gay?.. haaa.... tetapi lelaki yang mcam mana, kebiasaannya kawan2 lelaki akan posing seperti adik adik, apa adik-adik tuh? adik-adik ni la golongan gay, dorang kebiasaannya akan meletakkan profile picture yang seksi meksi, terdedah sana sini, nak tunjuk diri tu hot, hensem supaya dapat pancing adik-adik yang lain untuk add mereka2 nih... Kalo x percaya uols add la diorang, tengok macam mana status facebook diorang, penuh dengan komen lelaki adik-adik, dan gaya percakapan mereka ni menggunakan bahasa2 fonen seperti  post yang lepas..... Satu lagi dorang ni suka post gambar di laman facebook dengan gambar yang hot2 sepeti tak pakai baju, pkai spentot jer, lepas tu ada la yang puji bagai tapi semuanya lelaki.... tidak dinafikan muka adik2-adik ni memang hensem, tapi ada juga yang hazab..... kadang-kadang mana yang lebih daring dorang sanggup tunjuk ''adik'' yang ada kat bawah tu skali... lepas tu minta orang tolong komenkan....
 
Penerangan satu lagi, bukan semua gay mempunyai laman sosial macm ni, ada sesetengah tu coverina, dorang taknak tunjukkan dorang tu gay, dan dorang tahu agak tidak bersopan nak posing seksi2 dalam facebook tuh, itu lebih bagus.... daripada cuba pancing-pancing adik-adik ni , posing seksi-seksi dan keluar status gersang-gersang.... dan mungkin juga mereka rasa mereka x hot, so x nak lah menunujuk2..... jijik ok..

haaa, ni la antaranya satu contoh amik kat google, jer malas nak printscreen